My Add

Sunday 15 June 2014

MAS harap dapat mencari petunjuk mencari MH370

KUALA LUMPUR, AHAD 15 Jun, 2014: Malaysia Airlines (MAS) berharap dapat mencari petunjuk yang boleh memudahkan lagi misi mengesan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya akan terus komited menyokong operasi pencarian dan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada keluarga penumpang pesawat dari semasa ke semasa.

“Ia merupakan 100 hari yang paling lama sejak kehilangan MH370 dan dalam sejarah penerbangan negara ini. Doa dan harapan kami sentiasa bersama penumpang pesawat dan keluarga mereka. Malah, keluarga penumpang MH370 tetap diingati sepanjang tempoh tersebut dan akan diteruskan lagi. Kami dapat merasakan kesedihan keluarga dan juga merindui rakan sejawat dalam kapal terbang itu.

“Kami rasai kehilangan keluarga penumpang MH370 dan seperti mereka juga berharap dapat mencari jawapan yang akan membawa kita lebih dekat mengetahui apa yang berlaku kepada pesawat tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment