My Add

Monday 9 June 2014

Mayat Huntley dituntut wakil keluarganya

KUANTAN, isnin 09 Jun, 2014: Mayat lelaki warga Britain, Gareth David Huntley, 34, yang ditemui di sebatang sungai berhampiran Kampung Juara, Pulau Tioman dekat sini dituntut wakil keluarganya di Unit Forensik, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini kira-kira pukul 1.30 petang ini.

Difahamkan, keluarga Huntley berada di Kuala Lumpur dan menanti mayat berkenaan dibawa dari HTAA ke sana melalui ejen yang dilantik iaitu Casket Paradise Funeral Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment