My Add

Friday 6 June 2014

MB Johor masih pegang kuasa eksekutif - Mohamed Khaled

Oleh NURUL HUDA

JOHOR BAHRU, JUMAAT 06 Jun, 2014: Penglibatan Sultan Johor dalam Lembaga Perumahan dan Hartanah Negeri Johor, satu enakmen baharu yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri Isnin ini, bukan satu isu kerana kuasa eksekutif masih dipegang Menteri Besar, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Malah, beliau menegaskan usaha untuk menubuhkan lembaga tersebut bukan sesuatu yang baharu kerana sebelum ini penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor (PKENJ) atau kini dikenali sebagai JCorp juga menggunakan pendekatan yang sama.

"Apa pun keputusan yang dibuat mengenai pentadbiran negeri ini masih dibuat oleh saya kerana kuasa ekekutif itu masih ditangan Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran pelan induk industri pelancongan negeri johor dan explore johor fest 2014 di lapangan terbang antarabangsa senai di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment