My Add

Friday 6 June 2014

MBSB rancang buka dua lagi cawangan Kids Fun

KUALA LUMPUR, JUMAAT 06 Jun, 2014: Malaysia Building Society Bhd (MBSB) akan membuka dua lagi cawangan Kids Fun menjelang hujung tahun ini dengan jangkaan perbelanjaan sebanyak RM1 juta, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Zaini Othman.

Beliau berkata, pusat baharu itu akan dibuka di Pulau Pinang dan Johor dengan setiap sebuah menelan belanja kira-kira RM500,000.

"Sebuah cawangan Kids Fun memerlukan tempat yang unik dari segi lokasi. Ia memerlukan persekitaran seperti kompleks beli-belah. Kita tidak boleh menyewa sebuah lot kedai, tetapi dua untuk menempatkan kemudahan permainan," katanya selepas perasmian cawangan baharunya di sini hari ini.

Beliau berkata pembukaan cawangan itu adalah sebahagian daripada usaha MBSB mengembangkan segmen kanak-kanaknya dan memperkukuhkan lagi jenama MBSB dalam mengetuai pasaran kewangan runcit inovatif tempatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment