My Add

Friday 6 June 2014

Melaka tawar pelabur taman tema berciri Islam

MELAKA, JUMAAT 06 Jun, 2014: Melaka menawarkan peluang kepada pelabur-pelabur yang berminat untuk membina sebuah taman tema berciri Islam di negeri ini, kata Ketua Menterinya Datuk Idris Haron.

Beliau berkata, Melaka berhasrat untuk menjadi negeri pertama yang memiliki sebuah taman tema berciri Islam untuk menarik pelancong seterusnya meningkatkan ekonomi negeri.

"Kebanyakan taman tema lebih bercirikan Barat, jadi idea ini mungkin boleh menjadi satu gaya baru untuk kita berdakwah selain cara sedia ada seperti bernasyid, bernazam, berselawat menggunakan alat muzik seperti gendang dan sebagainya," katanya.

Melaka mempunyai beberapa tempat strategik bagi membangunkan projek impiannya itu, katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Keusahawanan dan Kesenian Islam, di Pusat Islam, di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment