My Add

Sunday 8 June 2014

Melayu perlu terus bersatu

PADANG TERAP, SABTU 07 Jun, 2014: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu orang Melayu di negara ini bersatu bermula daripada peringkat akar umbi tanpa mengira fahaman politik jika tidak mahu kehilangan kuasa.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, orang Melayu kini hanya tinggal sedikit sahaja kuasa politik dan tidak mustahil mereka akan menjadi pelarian jika kuasa tersebut hilang.

"Nasib Melayu kini diibaratkan seperti telur di hujung tanduk, jika Melayu tidak bersatu maka Islam akan hancur.

"Melayu tidak akan hilang tetapi kita akan hilang bumi sendiri jika terus alpa, tanah rizab Melayu juga makin mengecil dan kita tidak tahu berapa banyak lagi yang tinggal.

"Mungkin bagi sesete­ngah pihak, pandangan saya ini tidak masuk akal, namun dengan situasi politik terkini, perkara tersebut tidak mustahil berlaku," katanya kepada pemberita selepas mengha­diri ceramah perpaduan ummah bertajuk 'Islam dan Hala Tuju' di Kampung Alor Kubang Bemban, di sini semalam.

Dalam pada itu, Yang Di­pertua Perkasa Kedah, Datuk Yusuf Ismail berkata, setiap ahli Perkasa perlu memberi sokongan kepada pertubuhan tersebut dengan membantu menambah keahlian. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment