My Add

Friday 6 June 2014

Mohd. Yunus tinggalkan MASkargo

KUALA LUMPUR, JUMAAT 06 Jun, 2014: MASkargo Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan peletakan jawatan oleh Mohd Yunus Idris sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 10 Jun 2014.

Bahagian kargo udara Malaysia Airlines (MAS) berkata Mohd Yunus melakar banyak kejayaan sepanjang 30 tahun bersama syarikat penerbangan itu, dengan memulakan kerjayanya sebagai pengawal harta di pejabat bandar syarikat itu di sini.

"Pada November 2011, beliau dilantik sebagai pemangku CEO MASkargo dan secara rasminya menjawat jawatan itu pada Ogos 2012," katanya.

CEO kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata, Mohd Yunus berjaya mengharungi industri kargo yang sukar dan situasi pasaran yang mencabar dengan permintaan untuk pergerakan kargo terjejas teruk oleh pertumbuhan ekonomi negara dan benua. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment