My Add

Thursday, 12 June 2014

Momentum pertumbuhan berterusan - PM

Oleh SOFIAN BAHAROM

KUALA LUMPUR, KHAMIS 12 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melahirkan keyakinan momentum pertumbuhan ekonomi negara dapat diteruskan pada masa akan datang.
Perdana Menteri berkata, perkara itu berdasarkan keyakinan pelabur asing dan pertumbuhan yang memberangsangkan.

“Berdasarkan prestasi yang berdaya tahan ditambah dengan kekuatan eksport berdaya saing kerajaan yakin momentum pertumbuhan ekonomi bagi suku kedua 2014 akan membolehkan negara mencapai sasaran lima peratus.

“Perkara ini selaras dengan unjuran terkini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak 5.2 peratus," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Datuk Shamsul Anuar Nasarah ( BN-Lenggong) yang ingin mengetahui kedudukan terkini prestasi ekonomi negara. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment