My Add

Thursday 12 June 2014

Muhyiddin lawat Pasar Nelayan Kuala Besut

BESUT, KHAMIS 12 Jun, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba pada pukul 9.30 pagi ini di Pasar Nelayan Kuala Besut, Kampung Seberang Kastam di sini sempena rangka lawatan kerja selama seharinya di Terengganu.

Beliau meluangkan masa selama kira-kira lima minit beramah mesra dengan lima peniaga di pasar basah itu sebelum bersarapan dengan komuniti setempat.

Yang turut hadir dalam lawatan itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Pendidikan II yang juga Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh; Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Selepas itu Muhyiddin dijadual merasmikan program Jom Bertani Peringkat Kebangsaan di Kampung Nyiur Tujuh, Jerteh. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment