My Add

Wednesday 4 June 2014

NGO desak KP Kesihatan mohon maaf, letak jawatan

KUALA LUMPUR, SELASA 03 Jun, 2014: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah meletak jawatan dan memohon maaf kepada semua pihak berikutan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) keluaran Cadbury Confectionery Malaysia Sdn. Bhd. (Cadbury) mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, Dr. Noor Hisham juga perlu bertanggungjawab terhadap kerugian yang dialami Cadbury dan imej syarikat itu yang bukan sahaja tercalar dalam kalangan pengguna Islam di Malaysia malah sehingga ke luar negara.

Tegas beliau, peletakan jawatan itu perlu untuk memulihkan imej Malaysia serta mengambil tanggungjawab terhadap kontroversi yang ditimbulkan sehingga menyebabkan pelbagai kutukan serta cacian diterima syarikat antarabangsa itu yang berpangkalan di United Kingdom.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata, permohonan maaf sahaja tidak mencukupi sebaliknya Kementerian Kesihatan juga perlu memecat pegawainya yang turut terlibat menyebarkan berita berhubung analisis sampel coklat itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment