My Add

Saturday, 7 June 2014

Nik Abdul Aziz tunggu penjelasan Kit Siang

 Nik Abdul Aziz, Kit Siang
KOTA BHARU, JUMAAT 6 0Jun, 2014: Mur­syidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan daripada Lim Kit Siang mengenai tindakan DAP yang menyalahkan parti itu sebagai punca kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata, Penasihat DAP itu akan datang ke Kelantan Sabtu ini dan Pas akan menunggu penjelasan sebenar DAP mengenai isu tersebut.

"Sabtu ini Kit Siang akan datang. Kita tunggu hari itu. Kita tidak boleh ulas hari ini sebab dia hendak datang," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo yang mendakwa pendirian Pas mahu melaksanakan hudud di negeri ini menyebabkan berlaku protes terhadap pembangkang sehingga menyebabkan kekalahan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Gobind turut mendakwa kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan negara sekular.

Tindakan pemimpin DAP itu seterusnya mendapat tentangan daripada Kerajaan Pas Kelantan yang mahu parti itu mengakui kelemahan sendiri sebagai punca kekalahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment