My Add

Thursday 12 June 2014

Nusajaya Tech Park dengan GDV RM3.7 bilion dilancar

Oleh NURUL HUDA HASSAN

NUSAJAYA, KHAMIS 12 Jun, 2014: Malaysia dan Singapura hari ini melancarkan satu projek usahasama dikenali sebagai Nusajaya Tech Park, sebuah taman teknologi bersepadu dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM3.7 bilion di Gerbang Nusajaya di sini.

Projek yang dibangunkan di atas tanah seluas 210 hektar itu merupakan projek kerjasama antara syarikat Malaysia, UEM Sunrise Bhd. (UEM Sunrise) dan syarikat dari Singapura, Ascendas Pte. Ltd. (Ascendas).

Majlis pecah tanah Nusajaya Tech Park dirasmikan bersama oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Lim Hng Kiang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment