My Add

Tuesday 10 June 2014

Ops Cantas Khas: 79,414 individu ditahan

KUALA LUMPUR, SELASA 10 Jun, 2014: Sebanyak 79,414 individu yang terlibat dalam pelbagai jenayah ditahan sejak Ops Cantas Khas dilaksanakan pada 17 Ogos tahun lalu, sidang Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh sama juga sebanyak 37,507 kertas siasatan dibuka.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 7,256 kes telah dituduh di mahkamah, 28,486 kes masih dalam siasatan dan 1,948 kes tiada tindakan diambil," katanya ketika menjawab soalan Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN-Pulai) mengenai keberkesanan Ops Cantas Khas dalam mengurangkan jenayah terancang di dalam negara.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, pihak polis turut merampas 9,659 pelbagai jenis senjata api, peluru, bahan letupan dan senjata berjadual yang dipercayai digunakan oleh kumpulan tertentu untuk melakukan jenayah.

Beliau berkata, sebanyak 2,379 jenis kenderaan yang digunakan untuk melakukan jenayah serta kenderaan yang dicuri turut dirampas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment