My Add

Wednesday 4 June 2014

Pelayar dakwa lihat MH370 terbakar di Lautan Hindi

PHUKET, RABU 04 Jun, 2014: Seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 terbang di Lautan Hindi dalam keadaan terbakar pada malam kehilangannya.

Menurut sebuah portal berita Thailand, Katherine Tee , 41, mendakwa melihat pesawat itu dengan keadaan berasap di bahagian belakangnya ketika dalam pelayaran merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket menggunakan kapal layar.

"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. Itulah yang saya fikir ia adalah pesawat itu," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.

Beliau berkata, hanya mengambil keputusan memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) yang mengetuai pencarian MH370 pada masa kini menyatakan telah menerima mengenai laporan itu dan akan menyiasat mengenainya. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment