My Add

Thursday 12 June 2014

Peluang wakili negara ke WSC di Brazil

KUALA LUMPUR, KHAMIS 12 Jun, 2014: Pemenang Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) yang berlangsung hari ini hingga 18 Jun ini berpeluang mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran ASEAN (ASC) di Hanoi, Vietnam pada 19 hingga 29 Oktober ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, pertandingan membabitkan para pelajar vokasional berusia 20 tahun ke bawah yang mahir dalam bidang pembinaan itu merupakan kali ke-23 anjuran kementerian bagi melahirkan golongan pekerja yang berkemahiran tinggi.

“Pemenang di Vietnam nanti akan diangkat bagi mewakili negara pada Pertandingan Kemahiran Sedunia (WSC) di Sao Paolo, Brazil pada Ogos 2015," katanya sewaktu merasmikan PKM di Pusat Konvensyen Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment