My Add

Friday 6 June 2014

Pemohon hanya perlu bawa MyKad

PUTRAJAYA, KHAMIS 05 Jun, 2014: Orang ramai khususnya penjaja yang ingin memohon Skim Bazar Ramadan 2014 hanya perlu membawa MyKad ke pejabat Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu negeri atau daerah.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, Datuk Mohamad Mahmud berkata, pihaknya telah membuka permohonan untuk skim tersebut kirakira tiga minggu lalu dan sesetengah penjaja telah mula mengemukakan permohonan.

"Kita sedang mengumpul borangborang permohonan yang ada dan belum dapat memastikan jumlah yang sudah memohon.

"Saya menyeru supaya penjaja memanfaatkan skim ini, pinjaman akan diluluskan seminggu sebelum bulan Ramadan supaya perniagaan boleh dijalankan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Skim Bazar Ramadan 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Mohamad berkata, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana peka dan prihatin dengan keperluan penjaja yang mungki

No comments:

Post a Comment