My Add

Friday 6 June 2014

Pendidikan perkukuh hubungan Malaysia-New Zealand

KUALA LUMPUR, JUMAAT 06 Jun, 2014: Hubungan dua hala Malaysia-New Zealand menjadi amat kukuh melalui pendidikan, terutama melalui sektor pendidikan tinggi.

Pesuruhjaya Tinggi New Zealand, David Pine berkata, hubungan itu bermula dengan Rancangan Colombo apabila kerajaan negaranya membiayai pembinaan Fakulti Pertanian di Universiti Malaya (UM) pada 1960.

"Hari ini, hubungan itu (Malaysia dan New Zealand) menjadi amat kukuh di peringkat institusi seperti di universiti dan malah, di peringkat sekolah juga," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita pada majlis 'balik kampung' Alumni Siswazah Pertanian UM di sini hari ini.

Turut hadir pengarah Pendidikan Rantau Asia Tenggara (New Zealand) Izak Human.

Pine berkata Kerajaan New Zealand membuat pelaburan besar dalam bidang pendidikan di rantau ini untuk membantu pelajar Malaysia mendapatkan pendidikan tinggi di bawah Rancangan Colombo. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment