My Add

Thursday 12 June 2014

Perlu lebih tanggungjawab lindungi warga dalam ruang siber

GENEVA, KHAMIS 12 Jun, 2014: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, hak kepada aliran bebas maklumat dalam Internet harus diseimbangkan dengan hak untuk dilindungi daripada penyalahgunaan ruang siber.

Beliau berkata, bila kerajaan dan penggiat industri membolehkan jalur lebar mudah diakses, penerimaan tinggi Internet menjadikan ICT lebih terkandung dan digunakan dalam setiap perkara yang mereka lakukan hari ini, yang secara berkesan telah mewujudkan gaya hidup digital.

"Saya percaya kita semua di sini akan mengakui bahawa telah ada sedikit kemajuan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Milenium Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (MDGs).

"Bagaimanapun dengan kejayaan itu, cabaran-cabaran baharu telah muncul. Sejak 10 tahun lepas, kita menyedari bahawa ada sisi gelap dan menakutkan terhadap semua ini.

"Kita telah mula melihat kepada ancaman siber dan keselamatan siber. Interpol membahagikan jenayah siber kepada tiga bidang yang luas: serangan terhadap perkakasan dan perisian komputer, jenayah kewangan dan penyalahgunaan, terutama dalam kalangan orang muda.

"Trend kini menunjukkan jenayah siber tidak lama lagi mengatasi jenayah tradisional," katanya pada acara tiga hari peringkat tinggi memperingati 10 tahun Sidang Kemuncak Mengenai Masyarakat Maklumat (WSIS 10) di sini pada Selasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment