My Add

Wednesday 4 June 2014

Pesawat China Airlines ke Taipei ditunda masalah radar

PULAU PINANG, RABU 04 Jun, 2014: Sebuah pesawat China Airlines, CI 732 yang sepatutnya berlepas Ke Taipei dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini malam tadi, terpaksa ditangguhkan selepas mengalami masalah teknikal pada radar.

Menurut sumber, pesawat yang membawa 150 penumpang itu sepatutnya berlepas pada pukul 10.30 malam.

Walau bagaimanapun, LTABL menerima pengesahan daripada juruterbang yang pesawat jenis Boeing 737-800 itu tidak dapat meneruskan penerbangan.

"Pasport milik penumpang kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk pembatalan cop berlepas dan kesemua penumpang dibawa ke dua buah hotel di Georgetown," kata sumber itu. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment