My Add

Saturday 7 June 2014

Petikan Rang Undang-undang Enakmen LPHJ 2014

RANG undang-undang baharu yang dijadual dibentang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini, akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Berikut ialah petikan daripada enakmen setebal 36 muka surat yang dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014

* LPHJ dipengerusikan oleh Menteri Besar

• Ahli-ahli Lembaga boleh dibayar elaun seperti ditentukan Raja.

* Fungsi Lembaga adalah:

• Memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri dengan dasar, cara dan langkah yang hendak diambil untuk menggalak dan memudahkan pemajuan perumahan hartanah.

• Membina, menyelenggara, membaiki, memulih, mendiami semula dan menggunakan sebarang struktur, bangunan atau kerja-kerja di dalam mana-mana rancangan perumahan atau hartanah.

• Menetap dan melaksanakan dasar dan panduan bagi memperuntukkan jenis-jenis perumahan dan kategori pembeli di sebarang pemaju perumahan.

* Dengan kelulusan Raja, dari semasa ke semasa boleh menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama yang ditentukan Lembaga untuk menjaga, membangun atau mengurus apa-apa rancangan pemajuan, projek, skim atau perusahaan sebagaimana ditentukan Lembaga.

* Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, melaksanakan kuasa lain dan mentadbir serta membelanjakan apa-apa wang lain yang diperuntukkan kepadanya oleh kerajaan negeri.

* Lembaga perlu memberikan penyata, laporan akaun dan maklumat kepada Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan harta dan kegiatannya seperti diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri termasuk membentangkan sebarang cadangan, pelan berhubung sesuatu projek.

* Segala pelantikan Pengarah hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan Raja.

* Lembaga hendaklah menerima pakai peraturan, kaedah, dasar dan pekeliling serta arahan yang dikeluarkan Kerajaan Negeri.

* Lembaga hendaklah dalam tempoh enam bulan selepas berakhirnya tiap-tiap satu tahun kewangan mengauditkan akaunnya dan menghantar kepada Raja dan Pihak Berkuasa negeri bersama-sama satu salinan.

* Raja atau Pihak Berkuasa Negeri boleh pada bila-bila masa mengarah orang tertentu yang dilantik olehnya untuk membuat penyiasatan terhadap buku, akaun dan urus niaga Lembaga.

* Lembaga hendaklah tidak lewat daripada 30 Jun setiap tahun kewangannya, menghantar penyata kepada raja dan pihak berkuasa negeri yang menyentuh kegiatan Lembaga pada tahun lepas.

* Raja berkuasa untuk mengarahkan Lembaga digulung dan dibubarkan - UTUSAN

No comments:

Post a Comment