My Add

Wednesday, 11 June 2014

Petronas labur AS$8 bilion, jadi rakan kongsi strategik di Turkmenistan - Najib

ASHGABAT (TURKMENISTAN), RABU 11 Jun, 2014: Petronas telah melabur kira-kira AS$8 bilion dalam kerja-kerja penerokaan minyak dan gas di Turkmenistan bagi meningkatkan lagi hasil pengeluarannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, dengan pelaburan yang besar itu, penglibatan Petronas di negara Asia Tengah yang kaya dengan kawasan minyak dan gas ini akan menjadi lebih strategik pada masa akan datang.

"Petronas juga merancang untuk menambahkan lagi saluran gas dan petrokimia (di kawasan penerokaan). Dengan ini, pengeluaran di kawasan kontrak perkongsian pengeluaran dapat ditingkatkan lagi," kata Najib dalam sidang media dengan wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang ke tanah air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat di sini malam tadi. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment