My Add

Thursday 5 June 2014

PM lancar Pusat Kewangan Islam (IFiC)

KUALA LUMPUR, KHAMIS 05 Jun, 2014: Perdana Menteri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan pembukaan pusat kewangan Islam setempat (IFiC) yang dikendalikan oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).

Katanya, IFiC akan menempatkan beberapa agensi dan penyedia perkhidmatan kewangan Islam di bawah satu bumbung.

Jelasnya, buat permulaan, IFiC akan menempatkan operasi Tabung Haji, TH Travel and Tours, Bank Islam dan Takaful Malaysia.

Malah, menurut Perdana Menteri, dua lokasi IFiC setakat ini adalah di ruang tingkat bawah bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini dan sebuah lagi di Menara Tabung Haji di Johor.

“Tabung Haji yang merupakan milik kerajaan sentiasa peka dengan inisiatif ke arah perkhidmatan yang cekap, telus dan mudah," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada majlis pelancaran kad Tabung Haji Debit-i Mastercard, Coffee Table Book dan IFiC di sini hari ini.

Yang turut hadir pada majlis ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim serta Pengarah Utusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail. - UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment