My Add

Saturday 7 June 2014

Polis Kedah tumpaskan ’Geng Jeeven’

ALOR SETAR, SABTU 07 Jun, 2014: Polis Kedah melumpuhkan ’Geng Jeeven’ yang dipercayai aktif menyamun di negeri itu, selepas memberkas lima suspek termasuk ketua kumpulan dalam Ops Cantas Khas bermula malam semalam hingga awal hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lima lelaki terbabit yang berusia antara 30 dan 40-an diberkas dalam tiga operasi di Sungai Petani dan di sini.

Bercakap dalam sidang media di sini, beliau berkata, penangkapan itu bermula dengan maklumat awam mengenai rompakan yang dirancang oleh kumpulan tersebut di sebuah kedai di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani.

Ahmad berkata, polis turut menemukan wang samun berjumlah RM30,000 bersama-sama 40 unit jam tangan, pisau, komputer riba dan telefon bimbit.

Hasil soal siasat ke atas semua suspek, polis kemudian melakukan dua lagi tangkapan iaitu di Simpang Kuala dan Jalan Datuk Kumbar di sini pada pukul 4.30 pagi tadi.

Ahmad berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang dan Perak kerana Geng Jeeven dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes samun di negeri-negeri berkenaan.

Sementara itu, beliau berkata sepanjang Ops Cantas Khas yang bermula 18 Ogos tahun lalu hingga sekarang, polis Kedah berjaya merampas 10 pucuk pistol, 18 laras senapang angin, tujuh ’assault rifle’, satu laras pump-gun, 15 pistol tiruan, tiga unit alat letupan rekaan (IED) dan 1,449 butir peluru. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment