My Add

Tuesday 10 June 2014

Polis tumpaskan `Geng Pembaris' di Melaka
MELAKA, SELASA 10 Jun, 2014: Polis menahan enam anggota kumpulan ’Geng Pembaris’ yang dipercayai terlibat dalam jenayah curi kereta lama di sekitar Melaka membabitkan nilai kerugian kira-kira RM20,000.

Kumpulan terbabit yang bergiat aktif sejak April lalu menyasarkan kereta model lama tanpa sistem penggera dan mencurinya menggunakan pembaris besi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, kesemua mereka ditahan di beberapa lokasi berasingan di sekitar Melaka Tengah dan Jasin bermula 5 pagi semalam hingga 11 malam tadi.

Beliau berkata, ketua geng terbabit berusia 45 tahun yang juga merupakan bekas pemandu teksi ditahan ketika berada dalam keadaan mencurigakan di parkir Melaka Sentral kira-kira 5 pagi semalam.

"Lelaki terbabit berada di dalam sebuah kereta lama jenis Proton Saga yang dilaporkan hilang di Bukit Baru di sini pada April lepas," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment