My Add

Friday 6 June 2014

Program Pengecualian Visa AS dilaksanakan segera

PUTRAJAYA, KHAMIS 05 Jun, 2014: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjangkakan Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (AS) dapat dilaksanakan tidak melebihi tempoh satu tahun selepas semua sistem yang ada sekarang ditambah baik.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar)berkata, buat masa sekarang pihaknya telah memulakan program untuk penyelesaian secara menyeluruh melalui piawaian yang dijadikan garis panduan oleh 37 buah negara terlibat dalam program pengecualian visa itu sebelum ini.

Beliau berkata, dalam pemerhatian itu, hanya beberapa penambahbaikan dalam sistem Jabatan Imigresen diperlukan bagi melaksanakan proses tersebut dalam masa terdekat.

"Dalam lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia barubaru ini, beliau menjangkakan program ini akan mengambil masa selama satu tahun dan enam bulan untuk dilaksanakan. Kita yakin sistem yang ada di Imigresen hanya memerlukan beberapa penambahbaikan, sekali gus tempoh pelaksanaannya dapat disingkatkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perhimpunan bulanan KDN di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin.

Dalam lawatan Obama ke Malaysia pada April lalu, Malaysia melahirkan minat untuk menyertai Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat bagi membolehkan rakyat yang menyertainya melakukan perjalanan ke negara itu tanpa visa dan berada di sana selama 90 hari atau kurang.

Setakat ini, 37 buah negara menyertai program itu, antaranya Brunei, Singapura, Taiwan dan Jepun.

Menurut Ahmad Zahid, antara penambahbaikan yang akan dibuat adalah pada sistem Advance Passenger Screening System (APSS) dan data pengimbas untuk memeriksa semua dokumen pemegang pasport.

Beliau berkata, selepas sistem tersebut dilaksanakan, pegawai kanan kerajaan akan mengujinya terlebih dahulu sebelum diikuti oleh ahli perniagaan dan pelancong dari negara ini.

Ahmad Zahid menjelaskan, tindakan penambahbaikan terhadap sistem di Jabatan Imigresen bukan dibuat

No comments:

Post a Comment