My Add

Friday 6 June 2014

Proton tawar rebat tunai sempena Ramadan, Aidilfitri

KUALA LUMPUR, JUMAAT 06 Jun, 2014: Proton Holdings Bhd. membuat tawaran menarik untuk semua kereta keluarannya bulan ini bersempena Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam satu kenyataan hari ini, Proton berkata, ia akan menawarkan rebat tunai sehingga RM8,000 untuk model tertentu dan servis percuma tiga tahun, kadar faedah bermula daripada serendah 2.70 peratus dan pelbagai tawaran istimewa lain.

"Orang ramai dijemput melihat tawaran promosi kami bulan ini di semua bilik pameran Proton di Malaysia.

"Promosi ini berterusan sehingga 30 Jun 2014," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment