My Add

Tuesday 10 June 2014

Punca kematian Huntley belum diketahui

KUANTAN, selasa 10 Jun, 2014: Polis belum dapat mengesahkan punca kematian warga Britain, Gareth David Huntley yang mayatnya ditemui di Sungai Mentawang, Kampung Juara, Pulau Tioman, Rabu lepas.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani berkata, setakat ini polis masih meneliti beberapa perkara sebelum dapat mengenal pasti punca kematian lelaki itu.

"Kita dah serah kepada pihak hospital untuk bedah siasat, setakat ini punca kematian belum dapat dipastikan dan perlu siasatan lanjut.

"Jangan sebut pasal media asing. Penemuan kita adalah mengikut kata pakar perubatan dan undang-undang. Dalam siasatan yang dijalankan setakat ini terhadap kawasan kejadian tidak ada unsur-unsur jenayah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kenyataan beliau sekali gus menyanggah laporan media asing yang mendakwa kematian Huntley berunsur jenayah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment