My Add

Saturday 7 June 2014

Rang undang-undang tetap dibentang - Khaled Nordin

Oleh HANIZA HASSAN

JOHOR BAHRU, SABTU 07 Jun, 2014: Pembentangan rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini tetap akan diteruskan walaupun mendapat reaksi daripada pelbagai pihak.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, enakmen baharu tersebut dilihat tidak melanggar konsep Raja Berpelembagaan yang digunakan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

"Insya-Allah... kita tengok Isnin ini. Dari segi sama ada ia melanggar konsep Raja Berpelembagaan, saya tidak fikir ia begitu.

"Seperti saya katakan, enakmen ini mesti dibaca bersama-sama Undang-undang Tubuh Negeri Johor di mana dalam undang-undang berkenaan menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh Tuanku adalah dengan nasihat Menteri Besar," katanya selepas program Kayuhan Mesra Rakyat di Flat Permas Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment