My Add

Wednesday 11 June 2014

Rombakan Kabinet: "Saya tidak tahu' - Najib

ASHGABAT (TURKMENISTAN), RABU 11 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak tahu menahu mengenai sebarang rombakan Kabinet dalam masa terdekat ini.

"Saya tidak tahu," katanya ketika ditanya wartawan Malaysia di sini,

mengenai laporan sebuah akhbar harian mengenai kemungkinan rombakan Kabinet dilakukan pada Jumaat.

Najib berkata demikian dalam sidang akhbar sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ashgabat pada Selasa malam, setelah melakukan lawatan rasmi yang kedua ke Turkmenistan.

Beliau diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan dua hari itu.

The Malay Mail, yang memetik sumber berkata, Najib sedang menimbangkan

rombakan besar dalam barisan pentadbirannya bukan hanya untuk membawa masuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong sahaja.

Barisan baharu itu dilaporkan mungkin diumumkan seawal Jumaat ini dan

selewat-lewatnya selepas Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 28 Julai. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment