My Add

Thursday 5 June 2014

Saman hak Najib - Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, rabu 04 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh berhak memfailkan saman terhadap portal berita propembangkang, Malaysiakini berhubung penerbitan dua artikel berunsur fitnah pada Mei lalu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, setiap perbuatan tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan terserah kepada Najib untuk menentukan apa tindakan ingin diambil beliau berhubung perkara tersebut.

Beliau tidak mengambil tindakan saman semasa menjadi Perdana Menteri kerana beranggapan dalam politik apa sahaja boleh berlaku termasuk dicemuh dan dipuji selain secara berseloroh mengatakan duit akan banyak dihabiskan untuk mengupah peguam.

“Ia hak Najib. Kamu mengatakan sesuatu perkara, bagi sakit hati orang, undang-undang ada di situ," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk 'Contemporary Islamic Lifestyle: Fitting In or Taking The Lead' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak dekat sini hari ini.

Najib selaku plaintif kedua mengemukakan saman tersebut di Mahkamah Tinggi di sini atas kapasiti peribadi beliau manakala Ab. Rauf sebagai plaintif pertama bertindak bagi pihak UMNO.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Mei lalu, mereka menamakan syarikat pemilik dan penerbit laman portal tersebut, Mkini Dotcom Sdn. Bhd.; Ketua Editor Malaysiakini, Steven Gan dan Ketua Pengarangnya, Fathi Aris Omar masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Mengenai tindakan UMNO yang meminta Yammy Samat menyerahkan surat tunjuk sebab dalam masa 14 hari bermula semalam kerana didakwa berkempen untuk anak perempuannya, Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan baru-baru ini, Mahathir berkata, ia merupakan perkara normal yang dilakukan oleh sesebuah parti.

“Itu tindakan disiplin yang normal. Apabila parti berpandangan kamu melakukan kesalahan, parti mempunyai hak bertanyakan mengapa kamu melakukannya," ujar beliau.

Dalam pada itu, bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, tindakan membenarkan guru aktif semula dalam politik tidak semestinya memberi kelebihan kepada parti tersebut untuk meraih sokongan kumpulan berkenaan kerana mereka mungkin akan menyokong pakatan pembangkang.

Beliau menegaskan, tiada jaminan para penjawat awam itu akan menyertai BN apabila dibenarkan aktif semula dalam politik.

“Jika membenarkan orang menyertai politik, perlu diingat mereka tidak semestinya menyokong kamu. Mereka mungkin menentang kamu juga," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment