My Add

Wednesday 11 June 2014

Sewa tapak bazar Ramadan keterlaluan cecah RM13,400

MELAKA, RABU 11 Jun, 2014: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) menggesa kerajaan negeri Melaka mengkaji semula kadar sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah di sini yang dianggap keterlaluan dan membebankan peniaga hingga RM13,400.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menaikkan kadar sewa hampir sekali ganda itu secara tidak langsung akan memberi kesan kepada pengguna apabila peniaga terpaksa menaikkan harga barang jualan.

Beliau berkata, kadar sewa di situ pada Ramadan tahun lepas hanya sekitar RM7,000 berbanding RM11,400 hingga RM13,400 seunit bagi tahun ini.

``Ikhlas amat kesal dengan perkara ini. MBMB bukan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) jadi mengapa kadar bayaran sewa tapak perlu dinaikkan sehingga begitu tinggi?.

``Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin terhadap nasib para peniaga dengan mewujudkan skim mikro bazar Ramadan melalui penyediaan dana RM45 juta tapi ini yang sebaliknya berlaku di Melaka,'' katanya pada sidang akhbar untuk memprotes harga sewa tapak bazar Ramadan di Jalan Hang Tuah itu di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment