My Add

Thursday 5 June 2014

Skim Bazar Ramadan sediakan pembiayaan sehingga RM3,000

PUTRAJAYA, KHAMIS 05 Jun, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Bazar Ramadan 2014 yang disediakan khusus untuk peniaga dan penjaja yang berniaga juadah dalam bazar tersebut.

Sebanyak RM45 juta disediakan di bawah Skim Pembiayaan Mikro-i Bazar Ramadan itu.

Skim itu merupakan pembiayaan tanpa faedah sehingga RM3,000 dengan tempoh bayaran balik selama dua bulan selepas berakhir Ramadan.

Permohonan boleh dibuat melalui persatuan penjaja dan peniaga kecil. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment