My Add

Wednesday 11 June 2014

Syarikat Belanda dipilih bantu cari MH370 di dasar laut

SYDNEY, SELASA 10 Jun, 2014: Australia hari ini mengumumkan sebuah syarikat kejuruteraan dan teknologi geosains dari Belanda dipilih untuk membantu pemetaan dasar Lautan Hindi dalam usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di laut dalam, lapor agensi berita, Channel News Asia.

Menurut Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), syarikat berkenaan, Fugro Survey akan membantu kapal tentera China untuk meninjau dasar lautan itu sebagai sebahagian daripada peringkat seterusnya dalam usa-ha pencarian pesawat itu yang hilang tiga bulan lalu.

Pengumuman itu dikeluarkan selepas pegawai Australia dan Malaysia bertemu di Canberra bagi membincangkan tentang dana peruntukan serta aset misi tersebut, selepas pencarian menerusi ruang udara dan laut tidak mengesan sebarang tanda daripada pesawat Boeing 777-200ER itu.

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia kini merancang untuk memperluas zon pencarian seluas 60,000 kilometer persegi berdasarkan data komunikasi satelit pesawat itu. "Tinjauan itu akan merangka peta dasar laut di kawasan pencarian yang mengambil kira kontur, kedalaman dan kandungan dasar laut sedalam 6,000 meter." jelasnya - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment