My Add

Friday 6 June 2014

Tabung Generasi Global MRCB bantu sekolah

 * NAJIB Tun Razak diberi penerangan oleh Mohamad Salim Fateh Din (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan MRCB, Imran Mohamad Salim (kanan) mengenai projek pembangunan di Seputeh semasa lawatan ke Stesen KL Sentral di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ MOHD NAIM AZIZ
KUALA LUMPUR, KHAMIS 05 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Tabung Generasi Global hasil inisiatif Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) bagi mengumpul dana untuk meningkatkan pencapaian pendidikan sekolah rendah di negara ini.

Pada majlis pelancaran tabung itu, Perdana Menteri turut menyerahkan dana RM500,000 yang disumbangkan oleh kumpulan syarikat tersebut untuk tabung berkenaan.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Datuk Mohamad Salim Fateh Din, dana tersebut akan diagihkan kepada tujuh buah sekolah angkat syarikat itu di Kuala Lumpur, Pahang, Perak dan Pulau Pinang untuk menambah baik suasana pembelajaran bagi keselesaan kira-kira 3,000 murid yang disasarkan.

Kesemua sekolah tersebut adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Jaya dan SK Kuala Prai di Pulau Pinang, SK Iskandar Perdana di Perak, SK La Salle 1 dan 2 di Kuala Lumpur serta SK Indera Shah Bandar dan SK Serandu di Pahang.

Menurut beliau, MRCB sebelum ini telah membantu 15,000 murid sejak lima tahun lalu daripada sekolahsekolah angkat yang terpilih dengan mengadakan bengkel pembelajaran, menganjurkan program kecemerlangan serta menyumbangkan keperluan-keperluan asas persekolahan di bawah Program Pintar.

Mohamad Salim berkata, dana tabung itu akan terus ditambah melalui sumbangan daripada anak-anak syarikat di bawah MRCB tanpa mengurangkan jumlah dana asal sebanyak RM500,000.

Sebelum itu, beliau mengiringi Perdana Menteri melakukan lawatan kerja ke Stesen Sentral dan Nu Sentral Kuala Lumpur yang dibangunkan syarikat pemaju itu.

Wajah baharu Stesen Sentral itu yang dilengkapi pusat belibelah kini memberi perkhidmatan kepada 58.4 juta pengguna pengangkutan awam setiap tahun di samping jumlah kedatangan pelancong asing.

Yang turut hadir, Pengerusi MRCB, Tan Sri Azlan Zainol dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan itu, Mohd. Imran Mohamad Salim. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment