Tiada cadangan tambah rumah kebajikan
KUALA LUMPUR, RABU 11 Jun, 2014: Kerajaan tidak bercadang untuk menambah jumlah rumah kebajikan di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim.
Beliau berkata, langkah itu dapat mengurangkan jumlah kanak-kanak yang dibuang dan warga emas dapat tinggal bersama keluarga.
``Kini terdapat 21 rumah kebajikan untuk anak-anak yatim dan warga emas,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Forum Kanak-Kanak Tidak Patut Dibesarkan Di Institusi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment