My Add

Thursday, 5 June 2014

Tiga nelayan hilang ditemui di Laos

DUNGUN, KHAMIS, 05 Jun, 2014: Tiga nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan sejak 11 hari lalu di Perairan Pulau Tenggol ditemui selamat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacob berkata mereka yang ditemui nelayan tempatan kira-kira pukul 10 pagi semalam kemudiannya ditunda balik dan tiba di jeti Seberang Takir, Kuala Terengganu kira-kira pukul 4.30 pagi tadi.

"Bot mereka dipercayai mengalami kerosakan enjin sebelum hanyut dibawa arus sehingga sempadan Laos. Kesemua mereka ditemui selamat dan sihat. Dua daripada mereka telah pulang ke rumah mereka di Dungun," katanya kepada Bernama.

Isnin lalu, Che Wan Mohd Radzi Ce Wan De, 48, bersama dua awak-awaknya Wan Kamarudin Wan Ali, 52, dan Ahmad Che Ngah, 39, dilapor hilang setelah keluar menangkap ikan.

Gerakan mencari dilancarkan dengan bantuan sebuah bot polis marin dan dua buat bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta sebuah pesawat Cessna Caravan milik Unit Udara Polis Diraja Malaysia. -BERNAMA

No comments:

Post a Comment