My Add

Thursday 12 June 2014

Tok Gajah terima habuan RM600,000

MOHAMAD SHOFI MAT ISA

 KUANTAN, RABU 11 Jun, 2014: Kerajaan negeri Pahang mengumumkan pemberian ganjaran RM20,000 kepada setiap pemain dan anggota pengurusan skuad Tok Gajah atas kejayaan memenangi Piala FA menewaskan Felda United Sabtu lalu.

Perkara itu diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail pada majlis sambutan dan perarakan Piala FA di perkarangan Stadium Darul Makmur di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Husain.

Muhammad Safian berkata, beliau telah diminta oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob untuk mengumumkan pemberiaan ganjaran ekoran kejayaan Pahang memenangi Piala FA kali ini.

Beliau berkata, sebanyak RM600,000 diperuntukkan kerajaan negeri untuk pemberikaan ganjaran tersebut yang membabitkan 30 penerima.

“Pemberian ganjaran ini kita (kerajaan negeri) akan agihkan segera dan selewat-lewatnya Rabu ini kesemua mereka akan menerima ganjaran masing-masing.

“Kita akan serahkan kepada PBNP untuk mengagihkan ganjaran itu dan kesemua akan menerima jumlah yang sama iaitu RM20,000 setiap seorang," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PBNP berkata, pihak persatuan belum membuat keputusan berhubung ganjaran yang akan diberikan oleh pihaknya kepada pemain.

“Kita akan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi membincangkan mengenai perkara itu," katanya.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan penghargaan tersebut.

“Terima kasih kepada Menteri Besar kerana memberikan sokongan kepada kami, ganjaran ini pastinya begitu bermakna kepada kami," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment