My Add

Wednesday, 4 June 2014

Tunku Sallehhuddin dilantik Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah

ALOR SETAR, RABU 04 Jun, 2014: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah memperkenankan pelantikan Temenggong Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Sallehhuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah berkuat kuasa mulai 21 Mei.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dalam satu kenyataan berkata, beliau bagi pihak kerajaan negeri mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah kepada Tunku Sallehhuddin atas pelantikan itu.

Dua lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah ialah Datuk Seri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment