My Add

Friday 6 June 2014

Ujian makmal Jakim ikut piawaian antarabangsa

KUALA LUMPUR, JUMAAT 06 Jun, 2014: Makmal yang digunakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menguji dua contoh coklat Cadbury yang didapati bebas daripada DNA babi (Porcine), diiktiraf Jabatan Standard dan proses dapatannya mengikut piawaian antarabangsa.

Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Fadilah Baharin berkata, orang ramai tidak perlu khuatir dengan keputusan itu yang menyatakan produk berkenaan adalah halal kerana prosedur yang diguna pakai untuk menganalisis dua jenis coklat berkenaan mempunyai piawaian MS ISO/IEC 17025.

"Makmal Jabatan Kimia memang mendapat pengiktirafan daripada jabatan kami bagi pengujian DNA termasuk pengujian produk makanan diproses.

"Apabila ujian ke atas dua jenis coklat mendapati tiada DNA tersebut, maka saya yakin keputusan itu adalah tepat dan rasmi, malah ia seharusnya tidak menimbulkan konflik," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment