My Add

Thursday 5 June 2014

Ukraine: Pasukan keselamatan tinggalkan pangkalan kerana kehabisan peluru

LUHANSK, Ukraine, KHAMIS 05 Jun, 2014: Pasukan Keselamatan Nasional Ukraine menyatakan bahawa pihaknya telah meninggalkan sebuah pangkalan tentera di timur bandar Luhansk selepas kehabisan peluru dalam satu pertempuran bersama kumpulan pemisah pro-Rusia yang mengambil masa 10 jam kelmarin.

Para pegawai berkata dalam satu kenyataan bahawa kira-kira enam anggota pemisah terkorban dan tiga anggota keselamatan Ukraine cedera dalam pertempuran sepanjang malam itu.

Sementara itu, kumpulan pemisah juga didakwa berjaya merampas sebuah pangkalan pengawal sempadan di pinggir bandar Luhansk berikut pertempuran yang mengambil tempoh masa hampir dua hari. - AP/UTUSAN

No comments:

Post a Comment