My Add

Thursday 5 June 2014

Ulat tiket' KLIA didenda

SEPANG, KHAMIS 05 Jun, 2014: Empat `ulat tiket' masing-masing didenda RM5,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengambil penumpang secara haram di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala

Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Mac lalu.

Kesemuanya terdiri daripada dua pemandu teksi, seorang pemandu bas dan seorang penganggur mengaku memujuk penumpang agar menggunakan kenderaan perkhidmatan awam sedangkan mereka tiada kuasa berbuat demikian.

Kedua-dua pemandu teksi tersebut ialah N. Kumaresan, 40, dan S. Jeevagan,

53, manakala dua lagi iaitu penganggur, Gua Kim Pore, 53, dan pemandu bas, Zainuddin Ali, 48.

Selain itu, pemandu bas persiaran, V. Sivalingam, 45, didenda

RM4,000 atau penjara empat bulan selepas mengaku bersalah atas kesalahan serupa.-UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment