My Add

Friday 6 June 2014

Warga Bangladesh ditahan berhubung kes mayat bayi dibuang

SHAH ALAM, JUMAAT 06 Jun, 2014: Polis memberkas seorang lelaki warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi lelaki yang dibuang dalam sebuah gaung berdekatan Genting Highlands, Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Supt. Ruslan Abdullah ketika dihubungi berkata, lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu ditahan di sekitar Klang, semalam, berikutan aduan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang didakwa dirogol oleh suspek sehingga melahirkan bayi berkenaan.

"Lelaki Bangladesh itu kini reman selama 14 hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut kes tersebut," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang ejen membekalkan pekerja asing dan isterinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung aduan wanita berumur 33 tahun itu yang kehilangan bayi hujung bulan lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment