My Add

Tuesday 10 June 2014

YGTHO bela kebajikan guru, waris

Oleh Mohd. Shahriza Abdullah, Fitri Affendi Mustafa dan sofian baharom
 
 Idris Jusoh
KUALA LUMPUR, ISNIN 09 Jun, 2014: Penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) akan memberikan tumpuan terhadap pembangunan profesionalisme perguruan, kebajikan guru dan waris mereka.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, yayasan berkenaan ditubuhkan untuk mengambil alih aset dan liabiliti Kumpulan Wang Simpanan Guru (KWSG) yang tidak lagi relevan.

Beliau berkata, kali terakhir ahli KWSG mengeluarkan caruman adalah pada 2007 dan aset kumpulan berkenaan pada masa ini yang bernilai RM254 juta bakal diuruskan oleh YGTHO.

"Tidak timbul mengapa ditubuhkan yayasan ini kerana KWSG sudah tidak relevan memandangkan sudah tiada pencarumnya.

"Penubuhan YGTHO bukan hanya meneruskan apa yang telah dilakukan kumpulan itu tetapi akan meningkatkan fungsi seperti memberi biasiswa kepada guru-guru," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang YGTHO 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Idris berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa penubuhan YGTHO akan memastikan peranannya untuk membela warga guru dan juga warisnya dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Beliau berkata, keanggotaan ahli lembaga pengarah yayasan tersebut tidak perlu menjadi isu kerana Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Pengarah Pelajaran hanya bertindak selaku Ahli Lembaga Pemegang Amanah bukannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

"Ketua Pegawai Eksekutifnya adalah individu yang berkemahiran dengan kewangan, begitu juga dengan pembabitan guru dalam yayasan ini memenuhi kehendak penubuhannya," ujar beliau.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan mencari ahli KWSG untuk mengagihkan wang caruman lebih RM47 juta yang tidak dituntut oleh ahlinya sehingga kini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment