tag:blogger.com,1999:blog-46604339901539676552024-03-13T19:20:16.210+08:00Shafie Norshafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.comBlogger46755125tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-44797632149168036802014-07-08T00:11:00.004+08:002014-07-08T00:11:49.340+08:00Felcra agih dividen interim RM135.6 juta

JELEBU, USNIN 07 Julai, 2014: Felcra Berhad (Felcra) hari ini mengagihkan hampir RM135.6 juta dividen interim pertama tahun ini kepada 77,510 orang peserta Projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) di seluruh negara.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pemberian dividen itu bertepatan dengan polisi kekerapan agihan dividen sebanyak tiga kali.

Sehingga Mei lalu, terdapat 1,460 buah Projek P&P yang terdiri daripada tanah kerajaan dan tanah milik peserta seluas 134,657 hektar yang telah mengeluarkan hasil.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,460 buah projek berhasil seluas 127,175 hektar telah memperoleh keuntungan bersih berjumlah hampir RM193.7 juta," katanya.

Mohd. Shafie berkata demikian dalam Majlis Pengisytiharan Dividen Interim 1/2014 Felcra Berhad dan Berbuka Puasa di pekarangan Masjid Felcra Lakai, Simpang Durian dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-21906127405104002822014-07-08T00:09:00.000+08:002014-07-08T00:09:03.049+08:00Pesawat AirAsia tergelincir dari landasan di Brunei

KUALA LUMPUR, ISNIN 07 Julai, 2014: Pesawat AirAsia AK278 tergelincir dari landasan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan di sini, petang ini.

Menurut AirAsia, semua 102 penumpang dan tujuh krew yang menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Brunei itu dilaporkan selamat.

"Kesemua penumpang dan krew selamat mendarat, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-7247865634043107882014-07-08T00:04:00.004+08:002014-07-08T00:04:48.697+08:00Serangan seksual: Diplomat dihantar ke New Zealand dalam masa terdekat

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

KUALA LUMPUR, ISNIN 07 Julai, 2014: Diplomat Malaysia yang didakwa melakukan pecah rumah dan serangan seksual ke atas seorang wanita sewaktu bertugas di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand akan dihantar semula ke negara tersebut dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, buat masa ini pejabat Peguam Negara Malaysia dan New Zealand masih lagi dalam peringkat perbincangan mengenai penghantaran diplomat berkenaan.

"Diplomat ini masih lagi memegang jawatan beliau. Dia tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya dan biarlah mahkamah yang menentukan. Tarikh bila beliau akan dihantar masih belum ditentukan lagi tetapi ia akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan bungkusan Hari Raya kepada kontinjen Malbatt 850-1 ke Lebanon di sini hari ini. Yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain.

Pasukan Malbatt mengandungi 850 anggota dan turut disertai oleh Anggota Bersenjata Brunei Darussalam (ABBD) seramai 26 orang.

Abdul Rahim berkata, diplomat berkenaan masih lagi berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-8638191534778978142014-07-08T00:01:00.002+08:002014-07-08T00:01:28.820+08:00Mahkamah perintah penerbit drama bayar RM170,000

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR, ISNIN 07 Julai, 2014: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan pengarah, Mohd. Javed Mohd. Nizar dan syarikat penerbitan drama dan filem, Juara Filem Production Sdn. Bhd. membayar RM170,000 sebagai kos kecederaan kepada Johan Raja Lawak dan isterinya, Ozlyn Wati ekoran kecederaan dan trauma yang dialami akibat dibaling dengan gelas kaca setelah terlibat dalam pergaduhan, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Su Geok Yiam yang membuat keputusan itu bagaimanapun tidak membenarkan sebarang perintah berkenaan ganti rugi kepada Johan dan isterinya berhubung kehilangan pendapatan ekoran yang dialami kerana mereka gagal mengemukakan bukti pendapatannya selepas kejadian itu. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-9432103533387457332014-07-07T23:56:00.003+08:002014-07-07T23:56:46.114+08:00ATM sahkan anggota dituduh jenayah sedang terima rawatan

Oleh SOFIAN BAHAROM dan NORHIDAYAH ABDUL MANAF

KUALA LUMPUR, ISNIN 07 Julai, 2014: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan anggota tentera yang dituduh melakukan jenayah pecah rumah dan jenayah seksual di New Zealand masih menerima rawatan di hospital.

Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, bagaimanapun anggota tersebut tetap akan dihantar ke negara itu dalam waktu terdekat untuk tindakan lanjut. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-17200085055113084632014-07-07T23:52:00.001+08:002014-07-07T23:52:05.135+08:00MB Selangor nafi letak jawatan

SHAH ALAM, ISNIN 07 Julai, 2014; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan akan meletakkan jawatan dan telah menyerahkan surat peletakan jawatan seperti yang disebarkan dalam mesej aplikasi WhatsApp sejak malam tadi.

Beliau yang ditemui pemberita pagi ini juga meminta pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan khabar angin mengenai peletakan jawatannya itu segera menghentikannya.

Sejak malam semalam, tersebar mesej di aplikasi Whatsapp yang menyatakan Abdul Khalid akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatannya dan pagi ini satu lagi mesej yang kononnya memetik laporan Bernama menyatakan beliau telah melakukan demikian.

Bagaimanapun, agensi Berita Nasional (BERNAMA) telah menafikan penyebaran berita peletakan jawatan Abdul Khalid itu. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-48647092124221780012014-07-07T23:42:00.002+08:002014-07-07T23:42:31.578+08:00Pengusaha perabot Sarawak digesa teroka pasaran luar

KUCHING, ISNIN 07 Julai, 2014: Pengusaha perabot di Sarawak disaran meneroka pasaran di luar negara, terutama di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, berdasarkan kos dan kualiti, perabot yang dihasilkan di negeri ini berpotensi besar untuk dieksport.

"Tahun lalu, nilai eksport perabot Malaysia ke luar negara melebihi RM5.7 bilion, bagaimanapun nilai eksport perabot Sarawak hanya RM30 juta.

"Kita harap pengusaha dapat memanfaatkan potensi yang ada dan mengembangkan pasaran mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Jualan Mega Perabot Hari Raya bertempat d'Galeri PUSAKA, Jalan Satok hari ini. - BERNAMA shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-48915167421081223842014-07-07T23:38:00.001+08:002014-07-07T23:38:15.988+08:00Penawar Kedah mohon rumah perantaraan untuk bekas banduan

ALOR SETAR, ISNIN 07 Julai, 2014: Persatuan Membantu Bekas-bekas Banduan Negeri Kedah (Penawar) memohon kerajaan negeri untuk menyediakan sebuah rumah perantaraan untuk dijadikan tempat persinggahan bagi membantu bekas banduan.

Pengerusinya, Idris Ismail berkata, rumah perantaraan itu perlu disediakan bagi membantu bekas banduan yang tidak mempunyai tempat tinggal atau dipinggirkan keluarga apabila dibebaskan selepas tamat menjalani hukuman penjara.

"Setiap hari dianggarkan seramai 20 banduan di Kedah akan dibebaskan. Apabila dibebaskan, ada di antara mereka yang tidak mempunyai rumah dan keluarga, jadi Penawar ingin sediakan tempat tinggal bagi mengelakkan mereka menjadi gelandangan.

"Jadi kita mohon kerajaan negeri sediakan satu kawasan yang sesuai bagi membolehkan rumah perantaraan Penawar ini dibina bagi membantu bekas banduan untuk menjalani kehidupan seperti insan lain selepas keluar dari penjara nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata rumah perantaraan boleh dihuni secara percuma dan dalam masa yang sama mereka perlu mencari kerja bagi membolehkan mereka mencari tempat tinggal sendiri untuk meneruskan kehidupan. - BERNAMA shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-45379897435703826732014-07-07T23:33:00.001+08:002014-07-07T23:33:19.462+08:00Elak jadi mangsa penipuan peniaga online di musim raya

KUALA LUMPUR, ISNIN 07 Julai, 2014: Keseronokan membeli barang di atas talian atau 'online', membuatkan ramai yang memilih cara berkenaan, yang dianggap mudah, cepat dan menjimatkan, bagi mendapatkan produk mahupun perkhidmatan.

Lebih-lebih lagi sepanjang bulan Ramadan ini, pembelian secara online meningkat berkali-kali ganda dengan pelbagai promosi oleh peniaga yang mengambil peluang sempena kedatangan Aidilfitri ini.

Trend pembelian melalui online, yang menjadi sebahagian gaya hidup masyarakat hari ini turut diakui Pos Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran melalui Pos Laju.

Ketua Kumpulan Komunikasi Korporat dan Penjagaan Pelanggan Pos Malaysia, Datuk Rohaiza Hashim berkata, trend itu semakin ketara sejak tiga tahun lepas, apabila jumlah pengeposan barangan meningkat dalam tempoh itu.

Pada tahun 2011 sebanyak 29 juta pengeposan barang dibuat meningkat kepada 30 juta pada tahun 2012 dan terus meningkat kepada 40 juta pada tahun lepas.

Kebiasaannya pada bulan Ramadan akan berlaku peningkatan pengeposan antara 25 hingga 30 peratus terutama dua minggu terakhir sebelum hari raya, katanya.

Sebut sahaja apa yang diinginkan, produk pakaian dan tudung, barangan bayi, makanan, pakej percutian, barangan elektronik segala-galanya ada. Tidak perlu bersesak di pusat membeli-belah dan meredah kesesakan di jalan raya, semuanya boleh dibeli di hujung jari dan akan sampai terus ke tangan pembeli.

Selain mudah dan menjimatkan masa, pengguna juga mempunyai banyak pilihan untuk "mencuci mata" mencari barangan yang diperlukan dengan lambakan laman-laman sosial yang digunakan peniaga seperti Facebook, Twitter, Blog, Instagram mahupun WhatsApp. - BERNAMA shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-54656598285372688132014-07-07T23:27:00.000+08:002014-07-07T23:27:11.571+08:00Muhyiddin beri penghormatan terakhir kepada Tunku Osman

Oleh MAZNAH MOHD. ARSAD dan HANIZA HASSAN

JOHOR BAHRU, ISNIN 07 Julai, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Ayahanda saudara kepada Sultan Johor, Tunku Osman Almarhum Tunku Temenggong Ahmad, di kediaman almarhum di Jalan Abdul Samad, di sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari ini.

Turut kelihatan memberi penghormatan terakhir kepada almarhum adalah Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Tan Sri Mohamad Aziz dan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Tunku Osman, 82, mangkat di Hospital Pakar Johor, di sini kira-kira pukul 7.30 petang semalam akibat sakit tua. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-86673459635947639332014-07-07T18:07:00.000+08:002014-07-07T18:07:06.068+08:00Kerajaan rujuk langkah negara lain atasi isu gelandangan

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

KUALA LUMPUR, ISNIN 07 Julai, 2014: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mendapatkan pandangan pelbagai pihak dalam mengatasi isu gelandangan termasuk melihat pendekatan yang dilaksanakan di negara lain.

Timbalan menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, langkah itu perlu agar pendekatan yang diambil tepat dan mampu menyelesaikan isu berkenaan dengan baik dan tidak timbul isu berbangkit.

"Memang kita telah mesyuarat Jumaat lalu namun kita akan terus menerima pandangan daripada semua pihak agar isu ini dapat diselesaikan dengan bijak," katanya kepada pemberita di majlis pelancaran Cabaran Keusahawanan Sosial Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-40184688395743768812014-07-07T18:03:00.005+08:002014-07-07T18:03:34.996+08:00Bapa pukul anak sampai mati direman seminggu

ALOR GAJAH, ISNIN 07 Julai , 2014: Polis mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu bermula hari ini daripada Mahkamah Majistret terhadap seorang lelaki yang dipercayai membunuh anaknya dengan sebatang kayu, semalam.

Suspek berusia 52 tahun itu ditahan di sebuah rumah sewa di Jalan Melekek, Kampung Padang kira-kira pukul 2.30 pagi ini. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-43628726207724103152014-07-07T18:00:00.002+08:002014-07-07T18:00:22.036+08:00Raja Perlis berkenan kurnia tauliah anggota MAIPs

KANGAR,ISNIN 07 Julai, 2014: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan mengurniakan tauliah kepada 58 anggota Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) dan jawatankuasa di bawah agensi itu, petang semalam.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang Dipertua MAIPs mendahului penerima disaksikan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar, Azlan Man, Setiausaha Kerajaan Negeri, Romli Dai, Exco Agama Islam Negeri, Khairi Hassan, Mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya dan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut menerima tauliah anggota MAIPs.

Tuanku Syed Sirajuddin juga berkenan mengurniakan tauliah pelantikan anggota Jawatankuasa Kewangan MAIPs dan anggota Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis, masing-masing kepada 10 orang dalam majlis di Hotel Seri Malaysia di sini.

Antara penerima lain ialah enam anggota Jawatankuasa Pengurusan Zakat MAIPs serta 13 anggota Jawatankuasa Pembangunan dan Pelaburan MAIPs dan tujuh dan lapan anggota Jawatankuasa Ihya' Sunnah, Dakwah dan Tarbiah MAIPs.

Raja Perlis, Raja Perempuan serta Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis berkenan berbuka puasa bersama penerima tauliah itu serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat tarawih. - BERNAMA shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-12629062182417622232014-07-07T17:56:00.000+08:002014-07-07T17:56:01.379+08:00Melaka sasar penembusan jalur lebar 75 peratus

MELAKA, ISNIN 07 Julai, 2014: Melaka menyasarkan penembusan jalur lebar pada tahap 75 peratus menjelang akhir tahun depan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, penembusan jalur lebar kini pada tahap 65 peratus dan percaya sasaran itu mampu dicapai berdasarkan perkembangan pesat sektor teknologi maklumat di negeri itu.

"Hasrat saya ialah seorang ibu di dapur rumahnya boleh memantau gerak-geri anaknya di sekolah selain berinteraksi secara terus dengan guru hasil kemajuan telekomunikasi dinikmati rakyat di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.

Idris berkata semua jabatan kerajaan dan institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini diarah meluaskan liputan internet tanpa wayar (wi-fi) mereka dan tidak terhad di dalam bangunan semata-mata. - BERNAMA shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-78817426100602196182014-07-07T17:50:00.005+08:002014-07-07T17:50:41.999+08:00

Kementerian Kesihatan pertimbang pemberian vaksin JE

BALIK PULAU, ISNIN 07 Julai, 2014: Kementerian Kesihatan mempertimbangkan pemberian vaksin di kawasan berisiko terdedah jangkitan Ensefalitis Jepun (JE) sebagai langkah untuk mengawal penularan virus itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, pemberian vaksin melibatkan kos tinggi dan kementerian perlu menilai pelbagai aspek sebelum melaksanakan pendekatan itu.

"Terdapat dua cara untuk kawal JE, satu dengan menghapuskan perumahnya yang telah dikenal pasti, satu lagi dengan pemberian vaksin. Memandangkan ujian sampel darah babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor baru-baru ini didapati negatif, kita boleh pertimbangkan kaedah kedua.

"Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar dan kerajaan negeri akan berbincang tindakan lanjut yang sesuai dengan keperluan semasa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelantikan Watikah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan penyerahan sumbangan kewangan kepada kariah masjid serta surau peringkat Parlimen Balik Pulau, di sini malam tadi. - BERNAMA shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-10214470714086470562014-07-07T17:40:00.003+08:002014-07-07T17:40:28.017+08:00Perusuh Buddha bakar sekolah asrama, rosakkan masjid

MANDALAY, ISNIN 07 Julai, 2013: Penduduk Islam di Mandalay mendakwa pihak polis hanya mendiamkan diri apabila perusuh Buddha mengamuk dan membakar sebuah sekolah serta beberapa bangunan lain ketika perintah berkurung yang dikuatkuasakan memasuki hari kedua, semalam.

Saksi kejadian, Win Naing berkata, kejadian rusuhan itu berlaku selepas majlis pengebumian seorang lelaki berusia 36 tahun yang menjadi mangsa konflik terbaharu persengketaan agama di negara ini yang telah meragut 19 nyawa.

Naing berkata, lebih 70 anggota polis berada di kawasan rusuhan tetapi tidak berbuat apa-apa untuk menghalang sebuah sekolah dan asrama pelajar Islam dibakar oleh kumpulan perusuh terbabit. - AFP/UTUSAN shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-63376224203056026602014-07-07T17:24:00.002+08:002014-07-07T17:24:22.065+08:0030,000 penduduk di timur Syria dihalau keluar

BEIRUT, ISNIN 07 Julai, 2014: Kumpulan militan daripada Kumpulan Negara Islam (IS) telah menghalau lebih daripada 30,000 penduduk di timur negara ini, di bandar Shuheil, semalam.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, IS telah memaksa kira-kira 30,000 penduduk meninggalkan rumah mereka selepas merampas bandar Shuheil Khamis lalu, daripada Barisan Al-Nusra.

Kira-kira 30,00 penduduk telah dipaksa meninggalkan rumah di bandar Khosham dan Tabia Jazeera dan juga Deir Ezzor, wilayah timur negara ini," kata jurucakap badan pemantau hak asasi manusia yang berpangkalan di Britain. - AFP/UTUSAN shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-21507551567050850492014-07-07T17:18:00.001+08:002014-07-07T17:18:18.231+08:00Ayahanda saudara kepada Sultan Johor mangkat

Oleh Haniza Hassan dan Maznah Arshad

JOHOR BAHRU, ISNIN 07 Julai, 2014: Ayahanda saudara kepada Sultan Johor, Tunku Osman Almarhum Tunku Temenggong Ahmad mangkat petang semalam kerana sakit tua.

Utusan Malaysia difahamkan Tunku Osman, 82, mangkat di Hospital Pakar Johor, di sini kira-kira pukul 7.30 petang.

Almarhum yang pernah memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor merupakan suami kepada Almarhumah Tunku Tun Maimunah Almarhum Sultan Ismail yang mangkat pada tahun 2012.

Laman Facebook dipercayai milik anakanda almarhum, Tunku Jalil Tunku Osman turut dihujani dengan ucapan takziah daripada pelbagai pihak.

Difahamkan, jenazah almarhum akan disemadikan di Makam Diraja Mahmoodiah, di sini selepas solat Zuhur. - UTUSAN ONLINE shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-31446226158691393622014-06-26T13:06:00.005+08:002014-06-26T13:06:57.867+08:00La Ode tunjuk isyarat diam kepada kerani bank

* LA Ode Ardi Rasila diiringi anggota polis di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM, RABU 25 Jun, 2014: Seorang kerani AmBank Subang Jaya memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, bekas pengawal keselamatan La Ode Ardi Rasila menunjukkan isyarat diam menggunakan tangan kepadanya sebelum melarikan diri dalam insiden rompakan dan pembunuhan pegawai bank, Norazita Abu Talib.

Menurut Laila Azwa Samingan, 28, selain isyarat tangan, La Ode Ardi atau Ardi turut berkata diam sebanyak dua kali kepadanya semasa lelaki itu hendak keluar melalui pintu utama bank tersebut.

Ketika itu, ujar saksi pendakwaan ke-10 itu, dia berada di pintu gelongsor berhampiran kawasan bilik simpanan wang (bilik kebal) bank untuk melihat kejadian bunyi letupan yang berlaku di situ.

Laila Azwa memberi keterangan pada hari ketiga perbicaraan terhadap La Ode iaitu pengawal keselamatan yang berasal dari Sulawesi, Indonesia yang menghadapi tuduhan membunuh dan melepaskan tembakan terhadap Norazita, 37.

La Ode, 36, didakwa membunuh Norazita di dalam bangunan AmBank, No. 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara pukul 6 petang dan 6.30 petang 23 Oktober 2013.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. - UTUSAN shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-30246903761055352662014-06-26T13:00:00.003+08:002014-06-26T13:00:32.251+08:00Dijel 4 hari, denda RM2,000 kerana kurang ajar

* GOH Guo Quan (tengah) keluar dari Mahkamah Majistret Melaka selepas dijatuhi hukuman, semalam.

MELAKA, RABU 25 Jun, 2014: Sikap kurang ajar dan celupar seorang lelaki terhadap seorang anggota polis trafik yang menahannya kerana tidak memakai tali pinggang keledar, akhirnya menjerat dirinya sendiri.

Lelaki terbabit, Goh Guo Quan, 22, hari ini dihukum penjara empat hari dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menghalang tugas penjawat awam, Ahad lalu.

Tertuduh didakwa mencemuh dan bertindak tidak memberhentikan kenderaan ketika ditahan oleh anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas kerana didapati tidak memakai tali pinggang keledar.

Kesalahan tersebut dilakukan tertuduh dari Mersing, Johor itu di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya di sini pada pukul 3 petang, 22 Jun lalu.

Guo Quan didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syazwani Ishak manakala tertuduh diwakili peguam Faized Razali.

Majistret Mohd. Firdaus Saleh memerintahkan tertuduh dipenjara empat hari bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian dan jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dihukum penjara lagi empat bulan. - UTUSAN shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-44483296602506445242014-06-26T12:55:00.002+08:002014-06-26T12:55:23.920+08:00Politik wang haram - MUI

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA

* GAMBAR pada 1 April lalu merakamkan sebahagian kotak undi, dibawa ke Pelabuhan Paotere, Makassar, untuk diagihkan sempena Pemilu 2014. MUI mengingatkan semua pihak bahawa rasuah politik adalah haram sempena Pilihan Raya Presiden Indonesia pada bulan depan. - AGENSI

JAKARTA, RABU 25 Jun, 2014: Menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden 2014 pada bulan depan, Majlis Ulama Indonesia (MUI) kembali mengeluarkan fatwa bahawa politik wang merupakan amalan yang haram di sisi agama Islam.

MUI memberi peringatan, pemberi dan penerima wang suapan merupakan golongan yang dilaknat oleh Allah dan akan mendapat balasan di neraka kelak.

Sehubungan itu, MUI menggesa semua pihak yang terlibat dalam politik khususnya pada pemilihan Presiden 9 Julai ini supaya berusaha menghindarkan diri daripada melakukan perkara cela dan terlarang itu.

Ketua Umum MUI, Din Syamsudin menegaskan, fatwa sama juga pernah dikeluarkan ketika Pemilu Legislatif pada 9 April lalu.

"Dalilnya sangat jelas bahawa pihak yang menyuap dan disuap dilaknat oleh Allah dan kedua-dua pihak itu jelas bakal berdepan seksaan neraka, jelas Din pada mesyuarat bersama sekumpulan tokoh organisasi masyarakat Islam di ibu pejabat MUI di sini.

Menurut Din, MUI hanya mampu menjalankan tugas dengan menyampaikan fatwa dan nasihat kepada masyarakat untuk menjauhi rasuah, sebaliknya usaha dan tindakan bersepadu untuk membasmi hal yang dilarang dalam Islam itu terserah pada kebijaksanaan Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu).

Din juga memberitahu, amalan rasuah dari sisi politik berupaya menjejaskan nilai demokrasi selain bertentangan dengan norma sosial.

Sementara itu, anggota pasukan kemenangan Joko Widodo (Jokowi)-Jusuf Kalla, Aria Bima berkata, amalan politik wang telah mencalar imej demokrasi.

Bagaimanapun, katanya, politik wang merupakan amalan yang tidak boleh dipisahkan dalam iklim demokrasi di Indonesia.

"Faktanya seperti itu. Ini yang menjadi musuh kami. Belajar dari Pemilu Legislatif sebelum ini yang menyaksikan amalan politik wang berleluasa. Sekalipun politik wang berlaku dengan begitu marak, penyelenggara Pemilu dan penegak undang-undang masih belum memberikan maklum balas yang maksimum," jelasnya.

Bagi ketua pasukan kemenangan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa, Mahfud MD pula, pasukan berkenaan tidak akan sesekali melakukan amalan politik wang atau pelanggaran peraturan lain.

Ini kerana, katanya, amalan itu hanya akan memberikan imej yang tidak baik kepada kesahihan keputusan seandainya Prabowo-Hatta memenangi Pemilu 2014.

"Ruang politik wang pada Pemilu Presiden kali ini sangat sempit dan sulit untuk dilakukan. Kami dari pasukan kemenangan Prabowo-Hatta komited tidak akan melakukan dan menghindari politik wang," tegas Mahfud lagi. - UTUSAN

shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-83831856659658069182014-06-26T12:49:00.003+08:002014-06-26T12:49:38.454+08:00PM gembira MCA, Gerakan kembali

PUTRAJA, RABUYA 25 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa gembira wakil MCA dan Gerakan yang mewakili kaum Cina kembali menyertai Kabinet sekali gus dapat mengukuhkan semula konsep perkongsian kuasa dalam pentadbiran yang melibatkan semua kaum di negara ini.

Perdana Menteri berkata, perubahan tersebut perlu dilakukan untuk melonjakkan lagi pendirian Barisan Nasional (BN) yang mendukung prinsip perpaduan, kerjasama dan kesatuan dalam memerintah negara.

"Lebih-lebih lagi sejarah negara ini sejak dahulu telah menyaksikan penglibatan pemimpin-pemimpin dari kaum Cina, India dan lain-lain kumpulan minoriti yang mewakili parti komponen BN yang turut berperanan mentadbir negara.

"Negara kita memiliki kepelbagaian dari segi kaum, agama dan budaya tetapi perbezaan ini dapat kita tangani menjadi kekuatan kepada kita," katanya dalam sidang akhbar ketika mengumumkan pelantikan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri baharu di Bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Tegas beliau, kebolehan bertolak ansur, menghormati antara satu sama lain dan berjaya menyelesaikan konflik dengan aman adalah antara teras bangsa di negara ini, sekali gus menjadi antara resipi kejayaan pada masa depan.

Beliau berkata, pengumuman pelantikan anggota baharu Kabinet hari ini berkait rapat dengan hasrat untuk membentuk pasukan yang jitu untuk memimpin rakyat dari pelbagai kaum dan ragam dengan jayanya.

"Saya yakin barisan Kabinet ini merupakan satu pasukan yang mampu menterjemahkan akujanji kita kepada rakyat seperti yang dilafazkan semasa pilihan raya umum lalu, seterusnya membawa kemajuan lebih besar kepada negara," katanya. - UTUSAN shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-86153342029812958842014-06-26T12:43:00.003+08:002014-06-26T12:43:45.131+08:00MCA, Gerakan sertai Kabinet

Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan SAIFULIZAM MOHAMAD

* NAJIB Tun Razak ketika mengumumkan pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Muhyiddin Yassin. - BERNAMA

PUTRAJAYA, RABU 25 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan tiga menteri dan tiga timbalan menteri baharu dalam barisan Kabinet yang menyaksikan kemasukan semula pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) daripada MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik sebagai Menteri Pengangkutan; Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tiga Naib Presiden MCA yang dilantik ialah Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dengan pelantikan Liow itu, Perdana Menteri mengesahkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak lagi memangku jawatan itu.

"Saya gembira wakil MCA kembali dalam Kabinet, begitu juga Gerakan," katanya dalam sidang akhbar di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Yang hadir sama timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.

MCA dalam mesyuarat agung luar biasa parti itu pada Februari lalu memutuskan untuk kembali menyertai Kabinet dan menduduki jawatan dalam kerajaan selepas mendapat sokongan majoriti daripada ahli-ahlinya.

Pelantikan Siew Kiong dibuat selepas Perdana Menteri mengumumkan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei lalu untuk melantiknya sebagai menteri jika menang. Beliau menang dengan majoriti 238 selepas menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Najib berkata, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memperkenan untuk majlis angkat sumpah dan simpan rahsia anggota Kabinet baharu itu pada pukul 11. 30 pagi Jumaat ini di Istana Negara.

Mengulas saiz Kabinet kali ini yang semakin besar, Perdana Menteri berkata, keadaan itu berlaku disebabkan MCA telah membuat keputusan untuk menyertai semua Kabinet selepas enggan menerimanya sebelum ini.

"Ya, memang berlaku pertambahan dan kita terpaksa membuat perubahan berikutan keputusan MCA. MCA pada mulanya tidak mahu menyertai kerajaan tetapi kemudian berfikir semula dan melihat bahawa perlunya mereka menyertai Kabinet.

Chua Tee Yong, Chew Mei Fun, Lee Chee Leaong

"Saya juga sedar saiz Kabinet kali ini lebih besar dari dahulu tetapi keadaan ini tidak dapat dielakkan kerana situasi yang agak luar biasa," ujarnya.

Ditanya sama ada pertambahan Kabinet itu memberi jaminan bahawa perkhidmatan akan bertambah baik kepada rakyat, beliau secara berseloroh berkata:"Tidak semestinya tetapi saya harap begitulah dan ini saya katakan di luar jangkaan. Saya mula-mula tidak bercadang mempunyai Kabinet yang begini besar tetapi setakat ini tiada sesiapa pula yang secara sukarela mahu keluar dari Kabinet''.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib yakin saiz Kabinet yang terbaharu itu akan menggalakkan perbincangan serta pandangan yang lebih sihat daripada semua wakil komuniti di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

Mengenai pelantikan tiga timbalan menteri daripada MCA, beliau berkata, mereka mempunyai tugas tertentu antaranya menjelaskan tentang pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada peneraju industri kecil dan sederhana daripada kaum CIna.

"Begitu juga dengan pelantikan (Mei Fun) sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Ini kerana terdapat banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada kaum Cina yang perlu ada timbalan menteri untuk menyelesaikan kehendak dan tuntutan mereka yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan,'' ujarnya.

Mengenai satu-satunya wakil Gerakan di dalam Kabinet, Perdana Menteri menjelaskan itu melibatkan kuota dan beliau juga telah berjanji memberikan satu tempat kepada Siew Keong.

Berhubung kedudukan Hishammuddin dalam proses pencarian pesawat MH370 Najib berkata, perkara itu akan dibincangkan selanjutnya berdasarkan kedudukan terkini Menteri Pertahanan itu dengan Tiong Lai.

Sementara itu, beliau tidak bercadang untuk mengisi kekosongan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ekoran peletakan jawatan P. Waythamoorthy.

"Kita ada satu jawatankuasa Kabinet yang menjaga hal ehwal kaum India dan saya sendiri mempengerusikan secara keseluruhannya dan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang mewakili kaum India juga telah diberi tugas dan tanggungjawab secara terperinci, katanya. - UTUSAN

shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-38627892003319163492014-06-26T12:11:00.003+08:002014-06-26T12:11:53.260+08:00Satu amanah menambah baik dasar negara

KUALA LUMPUR, RABU 25 Jun, 2014: Tiga Naib Presiden MCA yang dilantik sebagai timbalan menteri hari ini menyifatkan pelantikan itu sebagai amanah untuk menambah baik dasar negara selain mengembalikan undi masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi peluang kepada parti itu untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan Pusat.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, mandat kepada MCA untuk menyertai Kabinet itu menjadikan tanggungjawab yang dipikul oleh parti berkenaan semakin berat dan penting.

Katanya, dengan pelantikan tersebut, sejarah hitam MCA sejak dua pilihan raya umum lalu perlu diperbetulkan pada pilihan raya umum akan datang.

"Semua kesilapan akan diperbetulkan dan kegemilangan MCA juga akan dikembalikan dengan penyertaan kami dalam Kabinet.

"MCA juga akan menghasilkan strategi-strategi yang lebih baik dalam memastikan sokongan daripada masyarakat Cina," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun menjelaskan, beliau gembira dan bersyukur dengan kepercayaan Perdana Menteri yang memberikan platform kepadanya untuk memberi sumbangan yang lebih berkesan kepada rakyat.

"Berhubung tanggungjawab saya sebagai timbalan menteri, saya sudah biasa dengan kementerian ini kerana saya pernah berkhidmat selama enam tahun dengan portfolio sama sebelum ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Lee Chee Leong berkata, beliau berikrar untuk menarik seberapa banyak pelaburan luar ke negara ini apabila memulakan tugasnya.

Beliau juga berharap dapat membantu transformasi polisi ekonomi negara di samping membawa lebih ramai delegasi luar untuk melihat kemakmuran negara ini. - UTUSAN shafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4660433990153967655.post-38944283122590743512014-06-26T02:16:00.001+08:002014-06-26T02:16:23.055+08:00PM arah KDN bentang segera akta bahaya ketum

JOHOR BAHRU, RABU 25 Jun, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kementerian Dalam Negeri membentangkan segera akta tentang bahaya ketum di Dewan Rakyat supaya tindakan tegas dapat diambil bagi membanteras bahaya ketagihan bahan tersebut.

Perdana Menteri turut mengarahkan kementerian berkenaan memusnahkan segera ladang-ladang ketum di seluruh negara.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Ke-39 di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE Vshafiehttp://www.blogger.com/profile/08350398873386899067noreply@blogger.com0