Anggota polis lepas tembakan terkena kanan-kanak digantung kerja
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
IPOH, AHAD, 27 Oktober, 2013: Anggota polis yang melepaskan tembakan secara tidak sengaja sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada kanak-kanak berusia 10 tahun di Kampung Belanja Kiri, Parit pada 14 Oktober lalu ditahan kerja sehingga perbicaraan kes tersebut selesai di mahkamah.
Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mengeluarkan surat arahan tersebut pada Jumaat lalu dan surat itu dijangka diterima esok untuk diserahkan kepada kepada anggota polis berkenaan untuk dikuat kuasakan. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment