Bantuan BR1M diteruskan
KUALA LUMPUR, RABU,,0 2 Okt0ber, 2013: Kerajaan mahu terus memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan tertentu yang memerlukan seperti dirancang sebelum ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata, BR1M boleh menjana ekonomi setempat kerana wang tunai yang diberikan akan digunakan untuk membeli barangan sekali gus meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.
"BR1M bukan hanya wang tunai bagi meringankan beban, tetapi, sedikit sebanyak memberi kesan positif ke atas pertumbuhan ekonomi dan penggunaan domestik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis Kongres BankTech Asia 2013 di sini hari ini.
Ahmad Maslan berkata, kedai runcit, pasar tani, pasar malam dan pusat membeli belah akan turut menerima kesan positif daripada program BR1M.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang berpendapat BR1M tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014. — BERNAMA
No comments:
Post a Comment