My Add

Wednesday, 2 October 2013

Kedai Rakyat 1Malaysia tidak bunuh peruncit - Hasan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM

KOTA BHARU, RABU, 02 Oktober, 2013: Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang diwujudkan oleh kerajaan tidak akan membunuh peruncit kecil malah ia akan memberikan keuntungan kepada semua pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata, setiap barangan yang dijual di kedai tersebut adalah 30 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

Justeru kata beliau, peruncit boleh mendapatkan bekalan di KR1M untuk dijual semula di kedai masing-masing dan masih mendapat keuntungan.

"Kita buat KR1M bukan hendak membunuh kedai-kedai di kampung, mereka boleh membeli barang di sini dengan harga 20 sehingga 30 peratus lebih murah dan balik menjualnya di kampung masing-masing dengan mendapat keuntungan lagi.

"Kedai ini akan memberikan keuntungan kepada semua pihak, rakyat, pemilik KR1M dan peniaga kecil pun untung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan KR1M Ayer Lanas di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik dan ADUN Kuala Balah, Datuk Abdul Aziz Derashid. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment