My Add

Sunday, 27 October 2013

Warga asing maut ditikam, tetak di depan hentian bas

KUALA LUMPUR, AHAD, 27 Oktober, 2013: Seorang warga asing mati dipercayai akibat ditikam dan ditetak menggunakan senjata tajam di hadapan perhentian bas di Kilometer 28.9 Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Shah Alam malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang belum lagi dikenal pasti identitinya ditemui orang awam yang melalui tempat itu kira-kira 9.30 malam.

"Lelaki itu ketika ditemui berada dalam keadaan parah dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, namun dia dilapor meninggal dunia di hospital," katanya kepada Bernama hari ini.

Arjunaidi berkata, pasukannya kini sedang berusaha untuk mengumpulkan bukti.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -BERNAMA 

No comments:

Post a Comment