Wednesday, 5 October 2011

Malaysiakini cabar keputusan permohonan terbit akhbar

KUALA LUMPUR:Pengendali laman berita Malaysiakini, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. telah memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang tidak mempertimbangkan permohonan bagi menerbitkan suratkhabar.

Mkini Dotcom memfailkan permohonan itu pada 28 September tahun lepas di Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas. Media memperolehi salinan permohonan itu hari ini.

Syarikat itu dalam permohonannya menamakan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai responden.

Semasa kes disebut hari ini, Hakim Mahkamah Tinggi Abang Iskandar Abang Hashim menetapkan 21 Oktober bagi pengurusan kes. - Bernama

No comments:

Post a Comment