Friday, 21 October 2011

Pembinaan Muzium Sejarah Balai Bukit Kepong diteruskan


KETUA Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (tengah) diirinigi Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff (kanan) beramah mesra dengan veteran polis di majlis Perhimpunan Khas PDRM sempena memperingati pejuang-pejuang Bukit Kepong di Muzium Bukit Kepong, Muar Johor hari ini. - Foto Shahrul M.Zain 

Bernama
JUMAAT, 21 Oktober, 2011: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan rancangan untuk mendirikan Muzium Sejarah Balai Bukit Kepong, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, reka bentuk muzium tersebut telah diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk tindakan selanjutnya.

"Setelah mengambil kira reka bentuk, bajet, pembinaan muzium tersebut akan diteruskan di atas tapak asal balai polis tersebut,” katanya kepada pemberita, selepas Perhimpunan Khas PDRM untuk mengingati pejuang Balai Polis Bukit Kepong, hari ini.

Beliau berkata, projek itu tertangguh sejak diumumkan 10 tahun lepas berikutan keadaan tapak yang sering dilanda banjir.

Bagaimanapun selepas dipertimbangkan, muzium akan dibina di tapak asal dengan reka bentuk yang sesuai dengan keadaan muka bumi di situ, katanya.

Muzium itu katanya, penting sebagai simbol yang memaparkan semangat perjuangan wira PDRM demi agama, bangsa dan negara. 

No comments:

Post a Comment